SKUAD skuasy negara muncul naib juara Piala Dunia Skuasy 2023 selepas tumpas kepada pasukan pilihan pertama, Mesir 2-1 pada aksi final di Chennai, India pada Sabtu.
Kekalahan ini menyaksikan momentum kemenangan skuad negara terhenti selepas berjaya mencipta kejutan ke final apabila menumpaskan pasukan pilihan kedua, India 3-0 pada separuh akhir.
Hanya pemain muda negara, Xin Ying Yee yang berjaya meraih mata buat Malaysia selepas menundukkan Kenzy Ayman 7-4, 7-5, 7-6 dalam pertarungan yang berlangsung selama 17 minit.
Namun pada perlawanan kedua, P Darren Rahul terpaksa akur apabila tumpas kepada Aly Abou Eleinen 3-7, 6-7, 4-7 sebelum Aira Azman tidak dapat menghadiahkan mata kemenangan untuk Malaysia setelah tewas 4-7, 5-7, 7-6 kepada Fayroz Aboelkheir.
Kejohanan Piala Dunia Squash 2023 ini disertai lapan pasukan iaitu tuan rumah India, Australia, Colombia, Egypt, Hong Kong China, Japan, Malaysia dan Afrika Selatan.
Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan A mengakhiri pusingan peringkat kumpulan dibelakang Mesir dengan 11 mata