FOTO : KDA FC

SEPARUH akhir pertama Piala FA 2024-25 pertama yang berlangsung di Alor Setar pada Jumaat ini menyaksikan pertemuan sengit antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kedua-dua pasukan memasuki perlawanan ini dengan rekod pertemuan yang berat sebelah, di mana Kedah hanya mampu mencatat dua keputusan seri dari 10 perlawanan terakhir, manakala JDT telah mencatat lapan kemenangan ke atas Kedah.

Dalam 10 perlawanan terakhir itu, Kedah hanya mampu menjaringkan lima gol, manakala JDT, selaku juara bertahan Piala FA, telah meledak 24 gol.

Walaupun dengan rekod yang kurang memihak kepada mereka, penyokong Kedah tetap optimis dan yakin dengan kemampuan pasukan di bawah kendalian jurulatih Nafuzi Zain.

Laman Facebook rasmi KDA FC telah menyeru para penyokong setia Hijau Kuning untuk datang beramai-ramai memenuhi stadium yang boleh memuatkan 25,000 penyokong.

Harapan mereka adalah untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan Kedah dalam usaha meraih kemenangan dan membawa bekalan selesa sebelum bertandang ke Seri Iskandar bulan depan sebelum mengintai peluang ke perlawanan akhir Piala FA.

Perlawanan ini bukan sahaja menjadi medan untuk merebut gol, tetapi juga sebagai peluang bagi Kedah untuk memperbaiki rekod buruk mereka dan membuktikan kemampuan sebenar mereka di pentas besar.

Para penyokong Hijau Kuning pastinya akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi demi melihat pasukan kesayangan mereka berjaya.