MAJLIS perasmian pembukaan sempena Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Tuan Yang Terutama, Tun Seri Setia (DR.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam (Governor Cup) dan Liga Bola Jaring Piala Toh Puan Datuk Wira (DR.) Hjh Asmah Hj Abd Rahman telah berlangsung di Taman Seribu Bunga, Melaka, Jumaat.

Pelancaran bagi dua kejohanan tersebut telah dirasmikan sendiri oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan diiringi dengan kejutan bunga api yang mewarnai lagi suasana tersebut.

May be an image of 10 people and text

Selain itu, majlis turut dihadiri oleh Pemilik Melaka FC, Datuk  Nur Azmi Ahmad, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin juga Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman.

Menurut Nur Azmi,  saingan liga Piala Governor Edisi Kedua dan acara sulung Bola Jaring Piala Toh Puan yang diadakan hampir dua bulan ini akan berlangsung pada 11 November 2023 hingga 1 Januari 2024.

“Sepatutnya kejohanan ini akan menutup tirainya pada 30 Disember tetapi kita terpaksa tunda bagi memberi laluan terhadap sambutan Maulidur Rasul yang bakal menyusul.

“Ratu ‘rock’ negara iaitu Ella bakal membuat persembahan istimewa pada penutupan kejohanan nanti,” ujarnya kepada pihak media.

May be an image of 5 people, people playing basketball, television, lighting and text

Tambah beliau, objektif utama kejohanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan isteri bersama rakyat jelata.

“Selain daripada itu, penggunaan lokasi liga bola jaring yang diadakan di Taman Seribu Bunga ini juga merupakan salah satu matlamat penting untuk kami mempromosikan lagi keunikan dan keistimewaan yang terdapat di sini pada peringkat antarabangsa.

“Saya boleh menyatakan jika liga bola jaring ini berjalan dengan lancar, mungkin tahun depan kita akan laksanakan lagi satu sukan iaitu badminton,” tambahnya.

Sebanyak 16 buah pasukan bagi kedua-dua kejohanan akan turun bersaing mulai 11 November 2023.