PEMAIN pertahanan kanan Selangor FC, Quentin Cheng Jiun-ho bukan mudah berdepan dengan pemain-pemain mengakui Negeri Sembilan FC yang sangat berbahaya dalam situasi melibatkan set pieces.

Pada saingan suku akhir kali ini, dia menjelaskan Gergasi Merah perlu segera mematahkan hantaran bola kedua mereka untuk mendapatkan set pieces kerana ianya merupakan peluang mereka menjaringkan gol.

“Negeri Sembilan FC sangat bagus dalam set pieces. Kita tewas sebagai tuan rumah 3-2 sebelum ini. Kita harus patahkan set pieces mereka dengan berkesan. Kita tahu mereka sangat berbahaya dengan set pieces.

“Kita tahu mereka bermain secara efektif dan direct football. Mereka banyak bermain secara hantaran jauh. Sebagai pemain pertahanan, kita harus peka dengan long ball mereka. Bola kedua mereka harus disekat,” ujarnya ketika dihubungi  FLASH SUKAN.

Dalam pada itu, Quentin mendedahkan terdapat tiga pemain yang perlu diawasi pasukan Selangor FC seandainya ingin mengekalkan rekod clean sheet dalam pertemuan menentang Negeri Sembilan FC esok malam.

“Mereka ada tiga pemain yang sangat merbahaya iaitu Gustavo Almeida dos Santos, Matheus Alves Leandro dan Yashir Islame Pinto. Kita harus cuba bertahan dan sekat mereka secara total dalam usaha menewaskan Negeri Sembilan esok, (Ahad)” katanya.

Tambahnya lagi, pasukan telah bersedia sepenuhnya mempamerkan aksi terbaik dan mengekalkan mood ceria menjelang perlawanan peringkat suku akhir Piala Malaysia menentang The Jangs di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

” Persiapan kami telah berada pada tahap terbaik sebelum perlawanan Ahad ini. Saya rasa pemain berada dalam mood yang baik setelah berjaya menewaskan Kelantan United. Jurulatih menasihati kami untuk sentiasa bermotivasi dan terus kelaparan dalam usaha mencari gol,” jelasnya.