FINALIS Piala FA, Terengganu FC selesa ke suku akhir selepas sekali lagi membenam Sri Pahang FC 4-2 pada perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam ini.
Sang Penyu pimpinan Nafuzi Zain meraih agregat yang cukup besar iaitu 9-3 menerusi sumbangan gol Kpah Sherman (dua jaringan), Faisal Halim dan Azam Azmi Murad.
Sementara itu, Kuala Lumpur City FC juga mengesahkan slot ke pentas suku akhir selepas menewaskan lawan PDRM FC dalam aksi Pusingan 16 saingan Piala Malaysia 2022.
Gol tunggal tuan rumah dihasilkan minit akhir permainan oleh Zhafri Yahya.
📸 AKSI PERLAWANAN – PM R16-2
TERENGGANU FC 4-2 SRI PAHANG FC (agregat 9-3)
KUALA LUMPUR CITY FC 1-0 PDRM FC (agregat 4-0)#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/vLXUHaL8fC— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) November 1, 2022