FOTO: TFC

AYAM tambatan Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut, membawa misi serampang dua mata pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia bertemu KL City FC, Sabtu ini.

Menurut penyerang kelahiran Croatia itu, dia sudah tidak sabar menebus kekalahan kepada lawan sama juga di peringkat separuh akhir saingan Piala FA, Jun lalu.

Selain itu, Mamut turut memasang impian membawa skuad Sang Penyu ke pentas akhir kejohanan berprestij itu dalam tahun pertamanya di Malaysia.

“Kekalahan di tangan KL City FC (Piala FA) masih berbekas buat saya dan rakan-sepasukan apatah lagi kami hanya selangkah beraksi di final.

“Kini kami berpeluang sekali lagi dan tidak mahu pulang hampa sebaliknya bertekad untuk melangkah di pentas akhir.

May be an image of 2 people, people playing American football, people playing football and text

“Kami juga sudah memperkemaskan rentak dalam tempoh seminggu ini dan berharap dapat meledak di Cheras bagi membawa pulang bekalan selesa,” katanya kepada FLASH SUKAN.

Rekod tiga pertemuan kedua-dua pasukan itu musim ini gagal menemukan pemenang apabila seri 0-0 dan 3-3 dalam saingan Liga Super selain turut seri 0-0 di separuh akhir Piala FA.

Perlawanan itu bagaimanapun dimenangi skuad The City Boys yang lebih bertuah menerusi penentuan sepakan penalti sekali gus ke final Piala FA.