KUALA Lumpur (KL City) FC mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Malaysia 2023 menerusi kemenangan agregat 2-1 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, tandukan Romel Morales di babak pertama cukup sebelum Stefano Brundo cuba merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti masa kecederaan namun sudah terlewat untuk keputusan penuh berakhir seri 1-1.
Bagaimanapun, pertembungan tersebut bermula lewat berbanding jadual asal 5.30 petang, berikutan hujan lebat yang menyebabkan kawasan padang ditakungi air.
PIALA MALAYSIA (Suku Akhir 2)
FT : Sri Pahang FC 1-1 Kuala Lumpur City FC
⚽ Romel Morales 29'
⚽ Stefano Brundo (P) 90+5'** Kuala Lumpur City ke separuh akhir agregat 2-1#PialaMalaysia2023#HogohPahangHogoh#sampaimatikualalumpur pic.twitter.com/zbRcqszTd2
— Flash Sukan (@FlashSukan) September 24, 2023
Beraksi dalam padang basah mengakibatkan kawalan bola menjadi berat dan membuatkan kedua-dua pasukan mengamalkan corak permainan berhati-hati.
Rafael Silva nyaris membuka akaun jaringan untuk Tok Gajah pada m-7 namun tetapi rembatan penyerang kelahiran Brazil itu sedikit tersasar tiang di sebelah kanan.
Begitu juga rembatan pemain tengah, Baqiuddin Shamsudin. Tetapi kali ini, penjaga gawang pelawat Kevin Mendoza cukup bersedia di posisi.
Bersambung babak kedua, Sri Pahang melakukan beberapa pertukaran pemain dalam usaha mencari gol tetapi keampuhan pertahanan KL City menggagalkan setiap percubaan yang dilancarkan ke arah gawang.
Kegagalan anak buah Fandi Ahmad mencetak gol selepas penalti Brundo mengakibatkan perjalanan mereka musim ini terkandas di suku akhir.
KL City yang muncul juara edisi 2021 akan menanti pemenang antara Selangor FC atau Terengganu FC yang turun ke gelanggang malam ini.