PEMAIN tengah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) II, Raja Kifayatullah menjangka aksi yang lebih diperkemas oleh skuad Selangor FC II pada saingan Piala MFL 2024 di Stadium Sultan Muhammad IV pada Isnin.

Menurut Raja, dia yakin skuad Gergasi Merah pasti hadir dengan corak menyerang yang akan menyebabkan kesukaran kepada dirinya serta rakan sepasukan yang lain untuk memburu misi kemenangan esok.

“Persiapan pasukan kami seperti biasa. Ketua jurulatih sedang cuba memperbaiki beberapa kelemahan kami kerana pertemuan bersama Selangor bukanlah satu tugas mudah.

Raja meyeru pasukannya waspada kepada taktikal pihak lawan.

“Kami telah dimaklumkan bahawa pasukan lawan hadir dengan taktikal menuerang dan berdasarkan rekod jaringan mereka, kami kena faham jentera serangan mereka sangat tajam apabila merekodkan tujuh gol dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Jadi, saya dan pasukan tidak boleh alpa dan semestinya perlu lebih fokus pada setiap minit perlawanan yang bakal berdepan asakan menggila dari Selangor FC II,” ujar Raja menerusi satu kenyataan daripada laman rasmi KDN FC.

Dalam masa yang sama, Pengurus pasukan KDN FC II, Zahar Ab. Kadir berkata pasukannya bukan pilihan untuk memenangi perlawanan Piala MFL 2024/25 menentang Selangor FC II, tetapi mereka berjanji akan memberi tentangan sengit pada aksi yang berlangsung malam ini.