KEADAAN cuaca yang tidak menentu di Ipoh dilihat mampu menjadi satu cabaran buat pasukan yang bertanding untuk kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024.

Menurut ketua jurulatih New Zealand, Greg Nicol berkata keadaan cuaca di Malaysia merupakan satu persediaan untuk mereka menghadapi cuaca musim panas ketika Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung.

Sidang media yang dihadiri oleh jurulatih pasukan-pasukan yang bertanding.

“Di New Zealand, kita sedang menuju ke musim sejuk sekarang. Jadi, bila kami datang ke sini, ia menjadi sangat panas. Dan kelembapan adalah mencabar untuk pasukan kami.

“Kami tahu bahawa perjalanan kami ke Paris amat mencabar dan kami perlu menyesuaikan diri dengan banyak perkara.

“Oleh itu, jika kita perlu menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan lain-lain, itu semua merupakan pembelajaran yang sangat baik untuk proses dan cara kita menjalankan hari-hari kami.

Pasukan New Zealand berlatih di Stadium Hoki Azlan Shah. (Sumber Gambar: FB PHA)

“Dari segi cuaca sebenar, cuaca panas sangat bagus. Kami tahu ia mungkin menjadi panas. Mungkin kami akan mengalami minggu yang panas teruk di Paris pada bulan Ogos, kemungkinan suhu pertengahan 30 darjah celcius.

“Salah satu sebab utama mengapa kami suka datang ke kejohanan ini (PSAS) ialah kami dapat berlatih dan bermain dalam keadaan ini. Kami tidak mendapat cuaca ini di New Zealand, walaupun pada kemuncak musim panas,” katanya dalam sidang media Jumaat.

Jurulatih Kanada, Patrick Tshutshani (Sumber Gambar: Hokita)

Sementara itu, Jurulatih Kanada Patrick Tshutshani pula berkata, cuaca di Malaysia merupakan satu cabaran buat anak buahnya dari segi apa yang mereka boleh capai, terutamanya dari segi mental.

New Zealand akan bertemu dengan Kanada pada perlawanan pertama Piala Sultan Azlan Shah pada pukul 4 petang Sabtu,