KETUA jurulatih hoki negara, Sarjit Singh berkata dia gembira dengan permainan yang ditonjolkan oleh anak buahnya ketika menentang Pakistan semalam.

Meskipun The Speedy Tigers tumpas hasil gol minit akhir Abu Bakar Mahmood, Sarjit masih dapat melihat permainan yang baik ditunjukkan oleh pemain Malaysia.

Sarjit berkata punca pemain hilang fokus ialah kerana bermain sehingga mengikut rentak yang dimahukan oleh penyokong semasa penghujung perlawanan.

Sarjit Singh ketika sidang media selepas perlawanan.

“Jika anda melakukan kesilapan, anda akan dihukum. Kami mendahului 4-3 dan dua kesilapan bodoh menyebabkan kami hilang tiga mata. Kami tidak dapat menerimanya.

“Kami bermain kepada orang ramai dalam tiga hingga lima minit terakhir. Kita tidak perlu tergesa-gesa kerana masa menyebelahi kita.

“Ini adalah proses pembelajaran untuk pasukan, dan kami masih mempunyai perjalanan yang panjang,” kata Sarjit dalam sidang media selepas perlawanan.

Azrai Aizad Abu Kamal merupakan pemain terbaik perlawanan semalam.

Azrai Aizad Abu Kamal menjaringkan tiga gol manakala Shello Silverius menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang Pakistan semalam namun masih belum cukup untuk Malaysia mengutip tiga mata.

Juara bertahan itu akan bertemu dengan Kanada untuk aksi hari kedua Piala Sultan Azlan Shah 2024, hari ini jam 8.30 malam.