THE Speedy Tigers mahu menutup baki satu perlawanan aksi kumpulan Piala Sultan Azlan Shah 2024 dengan kemenangan apabila bertemu Korea Selatan esok.
Segala keputusan yang bakal diraih dalam perlawanan esok tidak membawa sebarang makna untuk Malaysia berikutan peluang ke perlawanan akhir telah tertutup.
Justeru, Malaysia hanya akan bermain di penentuan tempat ketiga/keempat menentang pasukan ranking ke-10 dunia, New Zealand pada Sabtu ini.
Dalam lima pertembungan akhir Malaysia dengan Korea Selatan di Piala Sultan Azlan Shah, Malaysia hanya menang sekali iaitu ketika perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2022 dengan keputusan 3-2.
Namun bagi edisi kali ini, Korea Selatan tampak sukar untuk memberi apa-apa saingan terhadap pasukan lawan yang dan hanya mampu menang sekali, menentang pasukan Kanada dengan keputusan 1-0.
Menjelang perlawanan esok, Sarjit menegaskan tiada banyak perubahan akan dilakukan dan pasukan negara akan bermain seperti biasa.
“Kemenangan menentang Korea Selatan akan memberikan kita sembilan mata dan bakal beraksi di penentuan ketiga dan keempat.
“Selepas beberapa tahun saya kembali menjadi semula sebagai jurulatih, ini adalah proses pemebelajaran dan kita akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya.
The Speedy Tigers juga berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh barisan kejurulatihan yang disuarakan oleh penolong jurulatih Malaysia, Sukri Mutalib sebelum ini iaitu kedudukan empat terbaik menjadi buruan mereka dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024.
Ia disifatkan sebagai sasaran yang realistik melihat The Speedy Tigers ‘berwajah baharu’ dan dibentuk pada 19 Mac lalu dibawah Sarjit Singh.