MALAYSIA mencatat kemenangan pertama dalam aksi Piala Sultan Azlan Shah 2024 apabila berjaya menumpaskan Kanada 6-2.

Pemain-pemain bangkit mempamerkan aksi lebih baik selepas tewas kepada Pakistan dalam aksi pertaama semalam.

Biarpun dikejutkan dengan gol pertama Kanada pada minit ke-12 menerusi Devohn Noronha-Teixeira ia tidak berpenjangan selepas skuad negara berjaya menyamakan kedudukan menerusi Fitri Shaari sebelum Azrai Aizad Abu Kamal meletakkan Malaysia dihadapan hasil gol padang pada minit ke-14.

Fitri Saari menjaringkan gol ke-41 di pentas antarabangsa

Malaysia terus memberi tekanan kepada Kanada pada suku kedua untuk melebarkan jurang gol dan usaha mereka berjaya apabila mereka memperoleh gol menerusi Azimuddin Kamaruddin pada minit ke-19, gol pertama beliau di pentas antarabangsa.

The Speedy Tigers menambah satu lagi gol pada suku ketiga menerusi Nik Aiman Nik Rozemi pada minit ke-31 sebelum Kanada menarik semula kelebihan satu gol Malaysia menerusi Devohn Noronha-Teixeira pada minit ke-42.

Azrai Aizad Abu Kamal kini merupakan penjaring terbanyak dalam kejohanan dengan 4 gol setakat ini.

Pasukan ranking ke-13 dunia itu menambah derita Kanada dengan menjaringkan dua gol hasil pukulan sudut penalti dan gol padang oleh Syed Syafiq Syed Cholan dan Faizal Saari di suku keempat, dengan keputusan akhir 6-2 memihak kepada Malaysia.

The Speedy Tigers kini berada di kedudukan yang ke-3 dalam carta selepas mengharungi dua perlawanan, dengan Pakistan dan Jepun berada di kedudukan kedua teratas.

Malaysia akan meneruskan aksi dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024 dengan bertemu New Zealand pada Selasa ini.