SKUAD muda negara, AMD DREAM memulakan saingan kategori B-14 tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023 dengan catatan positif selepas mengikat juara bertahan dari Croatia, NK Osijek dengan keputusan 1-1.
Dalam aksi yang berlangsung di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, Pahang itu, NK Osijek terpaksa berkerja keras sebelum terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri pada aksi pertama.
Kelab yang berpangkalan di Croatia itu terlebih dahulu didepan seawal minit ke-43 hasil jaringan Jakov Dedic sebelum Arfan Haziq Ahmad Marzuki menjaringkan gol penyamaan buat AMD Dream pada minit ke-50.
Ketua jurulatih AMD DREAM, Ahmad Shahir menyifatkan keputusan seri adalah satu keputusan positif dan langkah permulaan untuk ke pentas final.
“Saya berpuas hati dengan persembahan pemain cuma ada satu dua perkara yang perlu diperbaiki pada perlawanan yang seterusnya terutamanya kesilapan mudah ketika bertahan.
“Untuk kejohanan kali ini sasaran pasukan adalah ke pentas final dan mengharapkan satu mata yang diraih ini akan menjadi langkah permulaan ke pentas final,” jelasnya.
Ketua Jurulatih NK Osijek Ante Bekavic pula menyifatkan AMD DREAM memiliki kualiti permainan yang bagus selepas melihat sendiri saingan yang diberikan kepada anak-anak buahnya.
“Perlawanan yang menarik dan bagus buat pasukan terutamanya pemain-pemain baharu yang dibawa, keputusan seri 1-1 adalah adil buat kedua-dua pasukan.
“Terima kasih kepada penganjur yang mengadakan kejohanan untuk pemain-pemain muda membuktikan kemampuan yang dimiliki,” katanya.
Lain-lain keputusan yang berlangsung hari ini adalah seperti berikut :-
Bawah 14 Tahun
AMD Future 2-2 Spartak Trnava
Shonan Bellmare 1-0 Piraya Football
SSBJ 2-4 Buriram United
Bawah 13 Tahun
AMD Dream 4-0 Zhejiang Professional FC
Lech Poznan 4-3 Hong Kong FA
Chonburi FC 4-2 Fagiano Okayama
AMD Future 0-7 Evergrande Football School
Bawah 12 Tahun
NFDP A 5-1 Asiop Football Academy
NFDP B 1-4 Johor Darul Ta’zim
NFDP C 1-2 Zhejiang Professional FC
NFDP B 7-0 Apuesto Bueno FC