PAUL Pogba diejek oleh penyokong Manchester United ketika dia memasuki terowong persalinan selepas menang 3-2 menentang Norwich City pada Sabtu malam.
Pogba (gambar kredit Offside) diberi tugas sukar untuk bermain sebagai pemain tengah bertahan solo di belakang Bruno Fernandes dan Jesse Lingard menentang pasukan penyingkiran.
United hampir berputih mata apabila kelebihan dua gol diperolehi bingkas disamakan kedudukan pada permulaan babak kedua.
Tetapi sepakan percuma Cristiano Ronaldo memastikan The Red Devils mengutip tiga mata ketika mereka berjuang untuk menamatkan kelompok empat teratas.
Di sebalik kemenangan itu, Pogba jadi sasaran untuk kritikan daripada penonton tuan rumah, yang dilaporkan melaungkan kata-kata kesat ketika digantikan dengan Marcus Rashford.
Kemudian selepas perlawanan, ketika pemain menuju ke bilik persalinan, lelaki Perancis itu menekup telinganya kepada penyokong.
Pengurus sementara, Ralf Rangnick berkata: “Saya rasa penyokong luar biasa, sokongan di stadium hari ini hebat. Saya dapat memahami sepenuhnya peminat kecewa tetapi tidak masuk akal untuk menyasarkan pemain individu.”
Kontrak Pogba di Old Trafford tamat musim panas ini dan melihat hubungan yang semakin toksik antara dia dan peminat United, beri bayangan mungkin tidak kekal bersama kelab.
Banyak kelab akan beratur untuk menandatangani pemenang Piala Dunia, dengan Paris Saint-Germain berkemungkinan mencuri peluang mendapatkan satu lagi perpindahan ejen secara percuma.