PENYERANG kontroversi Juventus, Paul Labile Pogba berkata dia diugut dan menjadi sasaran sekumpulan gangster selepas abangnya, Mathias Pogba mengirimkan hantaran video menjengkelkan yang menjanjikan ‘durian runtuh’ kepada pemenang Piala Dunia.
Dalam satu kenyataan yang ditandatangani peguam, ibunya, Yeo Moriba dan agen Rafaela Pimenta, video yang dihantar pada Sabtu adalah tidak mengejutkan dan biasa sahaja.
Sejumlah 11 juta Euro (RM49 juta) telah dituntut geng tersebut dan berterusan bertindak mengugutnya selama 4 bulan. Kumpulan gangster tersebut dikatakan telah membawa Pogba ke sebuah flat yang terletak di perkampungan tempat tinggal bekas penyerang Red Devils itu.
Lebih memilukan, kumpulan gangster tersebut merupakan rakan baiknya ketika kecil dan dikatakan Pogba telah menghalau salah seorang rakannya itu kerana mencuri 170 ribu Euro.
“Seluruh dunia, kawan-kawan adik saya, pasukan Juventus dan Perancis perlu mengetahui beberapa perkara.
“Mereka telah menghantar ugutan dan menyerang adik saya beberapa kali sehinggakan ianya menjejaskan konsentrasinya,” kata Mathias Pogba.
Penyerang berusia 29 tahun itu kini bersama Juventus namun sedang menghadapi kecederaan lutut menyebabkan dia direhatkan. Dia dijangka akan meneruskan aksi untuk kelab itu pada bulan hadapan.