DATUK Seri Megat D.Shahriman Zaharudin mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Renang Para Malaysia (PREPMA) bagi penggal kedua pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kg. Pandan pada Sabtu.

Megat menang tanpa bertanding sekaligus meneruskan kepimpinannya dalam sukan renang para negara.

Menurut Megat, beliau bersyukur kepada dapat menerajui sukan para renang Malaysia, namun apa yang paling membanggakan pada AGM kali ini apabila salah seorang atlet paralimpik turut berada dalam barisan tertinggi exco penggal ini.

“Kejutan berlaku kerana timbalan saya adalah atlet paralimpik iaitu Wong Kar Ghee (atlet olahraga) yang mana beliau juga merupakan Presiden Renang Para Sabah.

“Ia sesuatu yang sangat baik kerana atlet menceburkan diri dalam persatuan dan kembali memberi sumbangan kepada sukan para biarpun dalam acara yang berlainan.

“Saya berharap selepas ini lebih ramai lagi atlet yang terlibat dalam persatuan sukan,” jelasnya selepas AGM PREPMA.

Sementara itu juga, Megat turut berkongsi selepas AGM berakhir, satu majlis ringkas Memorandum Persefahaman (MoU) PREPMA bersama MK Ambulance turut diadakan sebelum Mesyuarat Pertama Exco berlangsung.

Senarai penuh Jawatankuasa Persatuan Renang Para Malaysia penggal 2025-2027:

Presiden:

Datuk Seri Megat D.Shahriman Zaharudin

Tim. Presiden:

Wong Kar Gee

Setiausaha:

Nur Jamilah Yong Chia Chia

Pen. Setiausaha:

Faizul Rizal Mat Saat

Bendahari:

Nordalila Hassan

Ahli Jawatankuasa:

Noor Azhar Ahmad

Dr Chee Po Kam

Dr. Rosdara Masayuni Mohd Sani

Irwan Sofian Mohd Ali

Dr Mohd Sharizal Abdul Aziz

Fong Kah Hui

Intan Diana Mohd Baki

Syasya Amir