STEVEN Gerrard kini disahkan bergabung dengan kelab Al-Ettifaq dalam Liga Pro Saudi seperti yang diumumkan melalui laman Twitter rasmi kelab itu sekali gus menjawab teka-teki hala tujunya yang berlegar selepas tidak lagi mengendalikan Aston Villa.

Gerrard yang menjadi jurulatih untuk Al-Ettifaq diberi tanggungjawab untuk mengendalikan amanah bernilai jutaan dalam membangunkan kelab bola sepak itu untuk musim yang akan datang.

Kontrak yang ditetapkan sehingga dua tahun itu menamatkan kenyataan penafian legenda Liverpool sebelum ini yang memberitahu tidak akan bergabung dengan Al-Ettifaq.

Steven Gerrard telah bersetuju untuk menjadi pengendali Al Ettifaq. 

“Tanpa ada rasa ragu, kehadiran Gerrard dalam kelab akan menjadi kekuatan tambahan dan lompatan besar bagi liga kami,” kata Presiden Al Ettifaq, Khalid Al-Dabal, dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Gerrard telah dipecat dari mengendalikan Aston Villa berikutan kegagalannya untuk memastikan pasukan itu tampil beraksi cemerlang di pentas Liga Inggeris.

Kontrak Gerrard bersama Al Ettifaq berjalan selama dua tahun. 

Gerrard menjadi salah satu nama besar yang mengikuti trend berhijrah ke kelab Liga Arab seperti dilakukan terlebih dahulu oleh Cristiano Ronaldo, Karim Benzema, N’Golo Kante, Ruben Neves, Kalidou Koulibaly, Edouard Mendy dan terbaru Marcelo Brozovic.