PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Lim Kia Tong meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Kia Tong pertama kali dipilih sebagai presiden FAS pada April 2017 selepas Team LKT mengalahkan Team Game Changers, Bill Ng 30-13.
Dia dipilih semula tanpa bertanding sebagai presiden FAS untuk penggal kedua empat tahun pada 2021.
Semua perlawanan liga bola sepak domestik Singapura sehingga 22 September, termasuk perlawanan Liga Perdana Singapura hujung minggu ini, telah ditangguhkan sebagai tanda penghormatan kepada mendiang