TIDAK merujuk kepada individu tertentu, Koo Kien Keat hanya mahu menasihati semua atlet yang bermain badminton supaya fokus kepada mencapai kemajuan dalam permainan.

’Insta Story’ milik pemilik akaun Instagram ‘koo_kien_keat’ menjadi bahan diperlekeh peminat badminton, selepas hantarannya yang dirasakan menyokong kenyataan legenda, Datuk Lee Chong Wei yang memuji juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.

Antara komen peminat badminton tanahair.

Kien Keat ketika dihubungi FLASH SUKAN berkata, tulisannya itu tidak merujuk kepada sesiapa, “Saya Cuma mahu katakan kepada sesiapa yang bermain badminton, fokus kepada badminton, itu adalah kerjaya kami.

“Jika kamu artis, wajah buruk sekalipun masih boleh menjadi artis, sedia menjadi bahan ejekan orang selagi mendapat publisiti, mengapa sebagai pemain badminton, kita mahu letakkan diri kita di situ.

“Baguslah kerana ada peminat, tapi sebagai atlet, kita perlu kekal menjadi atlet bukan lain-lain.”

Menurutnya, sebagai pemain badminton, sumber pendapatan datang daripada bermain badminton dan yang berkaitan dengannya, bukannya dengan memakai mekap dan mencari publisiti murahan, “We don’t need this kind of publicity untuk naikkan mutu permainan.”

“Tapi saya tahu zaman sekarang, entah mengapa media sosial sangat berkuasa sampai segala perkara dipandang negatif.

“Dikritik apabila prestasi hambar, kita perlu cepat menerimanya kerana, memang tiada siapa suka dikritik secara negatif.”

Komen dari Tan Boon Heong turut dipertikai kerana beliau bersama Koo Kien Keat tidak pernah bergelar juara dunia.

Menerusi hantaran ‘Insta Story’ Kien Keat semalam, beliau menulis perbezaan pencapaian yang perlu ada pada seorang artis dan atlet dan menurutnya, pencapaian dalam kejohanan disertai adalah garis pencapaian sebenar atlet.

“When you’re unsure or feel like you’re not making progress, just concentrete on yourself and don’t waste time paying attention to unnecessary things. Avoid getting caught up in controversies which will took up most of your attention and positive energy.

“When you’re consistently caught up in controversies, it’s hard to stay focused and achieve good results. Instead, just self-focus on getting better through practise and learning. Prioritize your  physical training while harmonizing it with your mental preparation for upcoming tournaments.”

Petikan hantaran ‘Insta Story’ Koo Kien Keat.

Perkara hampir sama dikongsi Tan Boon Heong yang mahukan atlet badminton fokus kepada latihan, kejohanan dan menghasilkan keputusan yang baik.

Terdahulu, sebuah portal dilaporkan memetik Datuk Lee Chong Wei memuji Kunlavut Vitidsarn yang sangat merendah diri, sopan dan sentiasa mahu belajar.

“Dengan sikap seperti itu, tidak hairanlah dia kini bergelar juara dunia,” ujar Chong Wei, seperti dilaporkan New Straits Times.