SKUAD bola sepak wanita Arab Saudi tewas 2-3 kepada Lubnan dalam perlawanan peringkat kumpulan kedua Kejohanan Wanita Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) 2024 pada Rabu.
Kekalahan itu menamatkan harapan Arab Saufi untuk ke separuh akhir kali ini.
Di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Lluís Cortés, tuan rumah mempamerkan keunggulan dengan mendapatkan dua gol menerusi Lana Abdulrazak dan Seba Tawfiq.
Namun, Lubnan muncul sebagai pemenang hasil jaringan Christy Maalouf dan Syntia Salha, memastikan tempat dalam separuh akhir.
Mereka mempunyai satu lagi peluang untuk mempamerkan bakat mereka menentang Guam pada Jumaat dalam perlawanan peringkat terakhir.