KETIKA fokus di Piala Dunia berkisar mengenai masa depan Cristiano Ronaldo, yang dikait rapat dengan kelab Arab SaudimAl-Nassr, namun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan, malah Ronaldo sendiri menafikannya.
Justeru, soalan terbabit diajukan kepada Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi, sama ada kelab terbabit berminat mengikat pemain Portugal itu.
“Tiga pemain yang kami ada, (Lionel) Messi, Neymar dan (Kylian) Mbappe, amat sukar, tapi saya ucapkan selamat berjaya kepadanya,” jawab Nasser kepada Sky Sports, dalam laporan yang dipetik Marca.com
“Dia seorang pemain yang masih hebat.”
Ronaldo menamatkan kontrak di Manchester atas persetujuan bersama bulan lepas selepas bintang dunia itu memberi komen buruk kepada kelabnya dan tidak menghormati Erik ten Hag.
Segala-galannya kini menunjukkan Ronaldo akan memutuskannya selepas berakhir Piala Dunia.
Ketika ini, Portugal antara calon utama untuk menjulang trofi Piala Dunia dan mereka akan berdepan Maghribi di suku akhir.
Jika berjaya mengatasi Maghribi, pasukan itu bakal berdepan pemenang antara PErancis dan England di separuh akhir nanti.
Pada usia 37 tahun, ini adalah peluang terakhir Ronaldo untuk menyinar di pentas kejohanan antarabangsa.
Jika dia mengetepikan Arab Saudi, dia akan hilang daripada tumpuan media.