PSM Makassar menutup perjalanan Kumpulan H, Piala AFC 2023/24 dengan kemenangan 3-1 ke atas Sabah FC di Stadium Likas, pada Khamis.

PSM membuka tirai jaringan menerusi jaringan menakjubkan Yakob Sayuri pada minit ke-15. Gawang Sabah kembali dibolosi pada minit ke-35 menerusi serangan balas pantas, hantaran lintang Everton Nascimento tertampan pertahanan tuan rumah, Dominic Tan, menghasilkan gol sendiri.

The Rhinos bangkit mengurangkan kedudukan pada minit ke-73. Tandukan Telmo Castanheira tidak dapat dihalang oleh penjaga gol, Ardiansyah.

May be an image of 7 people, people playing football, people playing American football and text

Sabah, yang menguasai lebih 70 peratus bola pada separuh masa kedua, berusaha keras untuk menjaringkan gol penyamaan. Sebaliknya, PSM menambah jaringan untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada masa kecederaan.

PSM menamatkan fasa kumpulan Piala AFC di tempat ketiga dengan kutipan 10 mata. Pasukan Juku Eja tewas menerusi perbezaan gol kepada Hai Phong FC, yang menang 4-0 ke atas Hougang United.

Kekalahan pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee tidak memberi kesan selepas disahkan mara ke pusingan separuh akhir zon ASEAN sebagai juara kumpulan dengan kutipan 12 mata.

May be an image of 1 person, playing football, playing American football and text that says "AFC CUP™ FULL-TIME STATISTICS SABAH V 10 14 BOSOWA Bet rFu Full-Time SHOTS 4 SABAH 10 SHOTS ON TARGET MAKASSAR 72.2 CLUB POSSESSION 27.8 YELLOW CARDS 0 2 RED CARDS 0"

Lawan yang menanti Sabah adalah wakil Australia, Macarthur FC di peringkat tersebut. Satu lagi pertembungan separuh akhir zon ASEAN bakal menemukan satu lagi wakil A-League, Central Coast Mariners dengan naib juara Kumpulan F, Phnom Penh Crown.

Kesemua perlawanan ini bakal diadakan pada 12 dan 13 Februari tahun hadapan.