PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM)  mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Adnan Saidin yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pagi ini.

“Sama-samalah doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

“Perginya beliau tiada galang ganti sebagai Raja Libas Asia. Banyak mengharumkan nama dan berjasa kepada negara,” katanya Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan di Phnom Penh, Kemboja pada Isnin.

Menurut Mohd Sumali, wakil daripada PSM akan menziarahi keluarga Allahyarham dan berharap bertabah dengan ujian ini.

Beliau dan skuad sepak takraw negara kini berada di Kemboja bagi berjuang dalam misi mendapatkan pingat emas Sukan SEA 2023.