JURUKAMERA: MOHD IZARI ROSLI

JOHOR Darul Ta’zim  (JDT) bukan sahaja terkenal dengan fasiliti yang bertaraf dunia yang canggih seperti Stadium Sultan Ibrahim tetapi mereka juga bijak menjadikan stadium itu sebagai salah satu destinasi pelancongan wajib apabila melawat Johor Bahru.

Stadium itu bukan sahaja berfungsi sebagai ‘Home of the Southern Tigers’ malah ia menyediakan kemudahan restoran dan juga beberapa ‘spot’ mengambil gambar yang ‘instagrammable‘.

Tidak cukup dengan itu, JDT juga memberi peluang buat pengunjung merasai sendiri kemewahan yang dirasai keluarga Harimau Selatan dengan menaiki kenderaan limosin mewah menerusi ‘JDT Hummer Tour’.