SESI latihan pemain Liverpool dan Manchester United dihadiri puluhan ribu penyokong Thailand di Stadium Ratchamangkala petang Isnin.

Aksi persahabatan kedua-dua kelab ternama Liga Perdana Inggeris akan menjadi perlawanan pertama antara pasukan luar negara dihoskan di Thailand sejak wabak Covid-19 bermula.

Ia juga merupakan sebahagian daripada jelajah pramusim pasukan sebelum musim EPL bermula bulan depan.

Liverpool akan menuju ke Singapura selepas perlawanan, manakala United terbang ke Melbourne di Australia.

De Gea sentiasa tersenyum semasa sesi latihan.

Penyokong berpusu-pusu memasuki stadium petang tadi.

Dua peminat fanatik Liverpool dan Manchester United bergambar bersama.

 

INFO PERLAWANAN | 12 Julai 2022

Manchester United lwn Liverpool

Stadium Nasional Rajamangala (Bangkok), 9 malam