PUSAT Media Utama (MMC) untuk kejohanan Piala Asia 2023 telah dibuka kepada pengamal media pada Jumaat.
Terletak di Msheireb Downtown Doha, pusat media ini akan membantu beratus-ratus profesional media membuat liputan kejohanan itu, yang akan berlangsung apabila tuan rumah Qatar menentang Lubnan di Stadium Lusail pada 12 Januari.
MMC mempunyai sejumlah besar kemudahan, termasuk bilik sidang akhbar, studio, sokongan IT, perkhidmatan jurugambar, ruang istirahat media dan surau.
Kemudahan itu akan dibuka sepanjang kejohanan yang akan berakhir dengan aksi final di Stadium Lusail pada 10 Februari.