JURULATIH pasukan kebangsaan Brazil, Tite mengesahkan bahawa Neymar kembali berlatih dan akan muncul dalam perlawanan 16 Piala Dunia 2022 menentang Korea Selatan awal pagi Selasa nanti.
Setakat ini, Neymar hanya beraksi pada perlawanan pertama Brazil di Qatar iaitu ketika pasukan Samba menewaskan Serbia 2-0.
Neymar tidak bermain 90 minit dalam perlawanan itu selepas Tite menariknya keluar kerana kecederaan. Neymar kemudian terlepas dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan Brazil menentang Switzerland dan Cameroon.
Brazil confirm that Neymar is available to play against South Korea on Monday 🇧🇷🔙 pic.twitter.com/ZeBgqet5Cb
— 433 (@433) December 4, 2022
“Neymar akan berlatih malam ini dan jika dia berlatih dia akan bermain.
“Jika dia bermain, itu kerana dia benar-benar pulih dan bersedia untuk bermain, bermain dari awal hingga akhir permainan tanpa sebarang halangan. Saya sentiasa memilih pemain terbaik dari awal perlawanan,” kata Tite.
ARTIKEL BERKAITAN : Gabriel Jesus, Alex Telles tersisih dari Piala Dunia 2022 !
Neymar sering mengalami masalah dengan kaki kanannya. Sementara itu, dalam dua Piala Dunia sebelum ini, Neymar sentiasa menghadapi masalah kecederaan.
Selain Neymar, Tite turut mengalu-alukan kepulangan Danilo dari bilik rawatan. Sementara itu, Alex Sandro masih pulih daripada kecederaan pinggul.
“Dia (Alex Sandro) tidak boleh bermain. Dia masih sembuh. Danilo dan Neymar akan kembali,” kata Tite.
Kehadiran Neymar dan Danilo akan menjadi berita baik untuk Brazil, yang juga kehilangan Alex Telles dan Gabriel Jesus.