LIONEL Messi mengesahkan Piala Dunia 2022 di Qatar akan menjadi yang terakhir dalam kariernya. Messi mengakui dia berasa cemas dan gementar pada masa yang sama.
Memang tidak dinafikan bintang bola sepak Argentina itu sudah memasuki fasa terakhir dalam kariernya. Messi kini berusia 35 tahun.
Sepanjang 17 tahun pembabitan bersama pasukan kebangsaan Argentina, Messi telah melakukan 164 penampilan dan menyumbang 90 gol. Pemain Paris Saint-Germain itu telah bertanding dalam enam edisi Copa America (2007, 2011, 2015, 2016, 2019, dan 2021) serta empat edisi Piala Dunia (2006, 2010, 2014 dan 2018).
Lionel Messi telah menggondol pingat pemenang Copa America. Piala Dunia 2022 akan menjadi peluang terakhir ikon Barcelona itu untuk memenangi pingat juara dunia.
“Terdapat kebimbangan dan kegelisahan… ini kali terakhir,” kata Messi kepada Star Plus, dipetik Guardian.
Lionel Messi confirms Qatar will be his last World Cup:
"Surely, this will be my final World Cup." pic.twitter.com/65bAX3Hz2u
— B/R Football (@brfootball) October 6, 2022
Argentina layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 dengan meyakinkan selepas tidak tewas dalam 17 perlawanan kelayakan dan meraih 11 kemenangan. Messi menjadi salah satu pilihan untuk menang bersama pesaingnya, Brazil, serta pasukan Eropah seperti Perancis dan Jerman.
“Saya tidak tahu sama ada kami adalah pilihan utama atau tidak, tetapi saya percaya Argentina adalah pencabar kerana sejarahnya, yang lebih bermakna sekarang kerana cara kami sampai di sini.
“Tetapi dalam Piala Dunia apa sahaja boleh berlaku, semua perlawanan adalah sangat sukar. Pasukan kegemaran tidak selalu menang,” kata Lionel Messi.
Argentina berada dalam Kumpulan C Piala Dunia 2022. Messi akan mengetuai Albiceleste dalam perlawanan pertama menentang Arab Saudi pada 22 November.