TUAN rumah, Qatar menjadi pasukan pertama menempah tempat ke peringkat kalah mati Piala Asia 2023 selepas menang 1-0 menentang Tajikistan dalam pertemuan Kumpulan A di Stadium Al Bayt.
Kemenangan kedua juara bertahan itu, ditambah pula dengan China dan Lubnan bermain dengan keputusan seri tanpa jaringan, memastikan Qatar memenangi Kumpulan A.
Pada perlawnaan tersebut, menyaksikan Tajikistan mula langkah awal dengan mengambil peluang melakukan rembatan dari sudut sukar oleh Rustam Soirov sekaligus memaksa penjaga gol Qatar Meshaal Barsham menepis awal.
Qatar, kemudiannya menunjukkan taring dengan hantaran silang Ahmed Fathy pada minit ke-17 kepada Tarek Salman tetapi bek tengah itu gagal menanduk masuk bola.
Namun pemain Qatar Almoez Ali memenangi bola dan dengan kepantasan Akram Afif, melepasi pertahanan Tajikistan, Vahdat Hanon dan menewaskan penjaga gol, Yatimov.
Qatar menjangkakan mereka memperoleh sepakan penalti pada minit ke-33 selepas kekasaran berlaku antara Ali dan Manuchehr Safarov namun selepas pemeriksaan VAR, pengadil Kimura Hiroyuki Kimura menghadiahkan sepakan percuma kepada Tajikistan.
‘The Maroons’ mempunyai satu lagi peluang sebelum masa rehat apabila Yatimov terlepas bola tendangan Afif tetapi pemain pertahanan, Zoir Dzhuraboev berjaya menahan bola untuk menafikan Ali yang cuba menyambung rembatan itu.
Qatar berada dalam keadaan tertekan sebelum tamat separuh masa pertama, perebutan antara Alisher Dzhalilov dan penjaga gol Meshaal Barsham menyaksikan penyerang Tajikistan memenangi bola tetapi gagal menghasilkan gol.
Qatar pula menafikan dua peluang selepas itu, dengan Ahmed Al Ganehi melakukan rembatan dari dalam kotak penalti dan cubaan Ali kemudian dinafikan penjaga gol, Yatimov.
Harapan Tajikistan bagaimanapun musnah pada minit ke-81 apabila Amadoni Kamalov yang dilayangkan kad kuning namun bertukar kepada merah selepas pemeriksaan VAR menunjukkan dia menendang Al Ganehi selepas bergelut dengan Mohammed Al Bayati.
Qatar mencari kemenangan ke-10 berturut-turut Piala Asia apabila mereka menentang China manakala Tajikistan perlu mengalahkan Lubnan jika mahu meneruskan saingan.