PELUMBA pasukan ONEXOX Racing Team, Abdullah Qayyum Abd Razak berjaya menaiki podium buat pertama kali di pusingan keenam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix di Litar Sepang Antarabangsa.
Dia yang menyertai pasukan musim ini telah menampilkan peningkatan dalam prestasinya.
“Saya telah mendapat banyak ilmu dan tunjuk ajar daripada pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman.
“Mereka telah mengajar saya kemahiran berlumba dan cara atur permainan semasa berlumba. Dengan ini, persembahan saya juga telah bertambah baik.
“Pada pendapat saya, Litar Terengganu agak teknikal bagi saya namun begitu saya akan cuba sehabis baik untuk pusingan seterusnya dan berharap untuk menaiki podium sekali lagi,” katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan Alizan Tambi akui prestasi Qayyum buat masa kini baik namun boleh dipertingkatkan lagi untuk masa akan depan.
“Walaupun masih baru di dalam pasukan kami, dia cepat membiasakan diri dengan pasukan serta jentera,” katanya.