RACHEL Arnold menjadi sandaran tunggal negara di final Piala Malaysia Ace selepas selepas menewaskan pemain Mesir, Malak Khafagy di separuh akhir.
Namun sayangnya hasrat melihat dua pemain negara di final tidak tercapai selepas S Sivasangari tunduk kepada pilihan utama dari Mesir, Nour El Tayeb.
Terdahulu, Rachel yang menghuni ranking ke-39 dunia mempamerkan aksi luar biasa ketika menyingkir Khafagy 8-11, 117, 11-4, 6-11, 11-4.
“Saya hampir berputus asa pada perlawanan pertama saya yang berlarutan ke lima set namun kini dapat masuk perlawanan akhir, saya berbangga dan gembira bermain sepanjang minggu.
“Menghadapi perlawanan akhir esok, tiada tekanan buat saya,” kata Rachel, selepas mengatasi Khafagy.
Di final esok (Jumaat), dia akan berdepan pemain ranking keenam dunia, El Tayeb, yang menyingkir Sivasangari 10-12, 11-3, 11-9, 11-6 dalam satu lagi separuh akhir.
Sementara itu, tiada wakil negara di final lelaki apabila pilihan keempat kejohanan, Ng Eain Yow tewas tiga set berturut-turut kepada pilihan kedua dari Mesir, Karim Abdel Gawad.
Jaguh lelaki negara itu tewas 8-11, 10-12, 5-11 untuk membenarkan Abdel gawad menentukan kejuaraan menentang pilihan utama juga dari Mesir, Mostafa Asal.