SENTUHAN anak Malaysia, Raja Isa Raja Akram Shah bersama kelab Liga Bangladesh, Muktijoddha Sangsad KC menjadi apabila terus ditawarkan opsyen kontrak lanjutan semusim lagi sejurus saingan liga itu berakhir awal bulan ini.

Raja Isa bukan sahaja berupaya memimpin Muktijoddha kekal di bahagian utama tetapi berjaya memperbaiki kedudukan yang dicatat kelab dari Dhaka itu pada musim lepas.

Dia juga kekal sebagai satu-satunya jurulatih dari Asia Tenggara yang kekal untuk kempen saingan liga 2023.

“Alhamdulillah, tahun kedua saya dengan kelab berakhir dengan perkara positif. Banyak yang saya pelajari dan kutip segala ilmu dari para pemain dan pengurusan.

“Malah, hubungan erat penyokong kami sentiasa pada tahap terbaik. Mereka hadir bagi sokongan tidak kira saat pasukan mengalami kekalahan mahupun meraih kemenangan.

“Banyak kerja rumah harus saya rancang dan fikirkan untuk saingan musim baharu yang bakal bermula tidak lama lagi,” katanya melatih kelab bermula 27 Disember 2020.

Artikel Raja Isa pernah diwawancara majalah kelab terbesar Bangladesh, Bashundara King.

Menurut jurulatih berusia 56 tahun itu, dia berterima kasih kepada sokongan media tempatan dan antarabangsa yang mengikuti perkembangannya setiap masa.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat Indonesia dan pengurusan minuman tenaga, ExtraJoss.

“Mereka membakar dan menyuntik motivasi kepada kami terutamanya Muktijoddha menghadapi empat aksi terakhir liga.

“Insha Allah, kami tak sabar bekerjasama lagi untuk kempen liga akan datang bagi meraih keputusan yang lebih baik,” katanya pernah beberapa musim berkelana di Liga Indonesia.

Muktijoddha menamatkan kempen di peringkat ke-9 liga musim ini.