BEKAS pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal mendedahkan rahsia kepada pihak umum mengenai hubungannya bersama Kim Pan-gon.

Rupa-rupanya Kim yang kini jurulatih skuad bola sepak kebangsaan adalah bekas rakan semasa mengambil Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC pada tahun 2003.

Memetik ciapan Rajagobal di Twitter, beliau akui gembira dapat bertemu semula Kim yang hadir melihat aksi Liga Super di Stadium MBPJ, pada Jumaat malam.

“Sangat menggembirakan bertemu bekas rakan kursus Diploma Bola Sepak AFC Pro saya, Encik Kim pada tahun 2003 semasa perlawanan Selangor FC lawan Sri Pahang FC.

“Sempat berkenalan dengan dia dan pembantunya. Moga Kim buat yang terbaik bersama pasukan kebangsaan,” ujarnya.

Rajagobal dianggap antara jurulatih berkaliber di Malaysia apabila membantu Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selain menerajui skuad B-23 memenangi pingat emas Sukan SEA 2009.