PENYOKONG misteri yang enggan namanya didedahkan, hanya ingin dikenali sebagai Rambo, menganggap skuad bolasepak senior kebangsaan perlu membuktikan terlebih dahulu kejayaan mara ke Piala Asia 2023 bagi mengembalikan kepercayaan para penyokong.
Jelasnya, kelebihan bermain di tempat sendiri perlu dijadikan senjata terbaik bagi mengatasi pasukan lawan.
Perang psikologi perlu digunakan pasukan kebangsaan sebelum turun ke gelanggang pada hari perlawanan sebenar.
Dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ultras Malaya kerana sanggup hadir awal bagi membangkitkan semangat luarbiasa penyokong untuk terus memberikan sokongan kepada pasukan bolasepak kebangsaan.
Secara ringkas, dia mengimpikan pasukan negara mengembalikan nostalgia kegemilangan pada era Supermokh yang sehingga kini masih sukar dicapai.
“Jangan seronok dulu & puji melambung-lambung, selesaikan dulu misi, tiada guna pujian & penghargaan jika misi tidak dilaksanakan dengan jaya.
” Memang itu pun sepatutnya peranan pemain ke-12 & kelebihan apabila bermain di tempat sendiri.
“Kita penuhkan stadium esok, kasi sesak padat padu.
“Saya rasa harapan keseluruhan masyarakat bolasepak di Malaysia adalah Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023 secara merit,” ujar penyokong misteri itu.
Ultras Malaya dijangka berkumpul di hadapan kompleks membeli belah, SOGO pada jam 3 petang sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen LRT Masjid Jamek untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil.