MUNCUL pemain tenis lelaki pertama memenangi semua empat gelaran ‘Slam’ dengan sekurang-kurangnya tiga kali kejuaraan, Novak Djokovic dianggap luar biasa dan menerima pujian melambung daripada tokoh sukan ternama dunia.

Bintang Serbia itu meletakkan namanya di tahap luar biasa apabila menjulang trofi Terbuka Perancis buat kali ketiga dengan menewaskan Casper Ruud dari Norway 7-6(1) 6-3 7-5 di Roland Garros, sekali gus meraih gelaran Grand Slam ke-23 dalam sejarah.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, THOMAS BACH -Pix Agensi

Chapeau Novak, pemain dengan rekod Grand Slam pada zaman ‘triumvirate’ bersama Roger Federer dan Rafael Nadal, menjadikan anda seorang pemain unik.

Jumpa lagi di Sukan Olimpik tahun hadapan.

Juara 14 kali Terbuka Perancis, RAFAEL NADAL. Pix Agensi

Sekalung tahniah di atas pencapaian yang menakjubkan ini… 23 adalah angka yang mustahil untuk difikirkan beberapa tahun lalu, dan anda berjaya! Nikmati bersama keluarga dan pasukan anda!

Legenda tenis Amerika Syarikat, BILLIE JEAN KING. Pix Agensi

Tahniah Djokovic, meraih gelaran perseorangan lelaki kali ketiga dan kini memegang rekod 23 Grand Slam.

Legenda tenis Australia, ROD LAVER. Pix Agensi

Tahniah memenangi 23 major… awak telah mengeukuhkan legasi dalam satu lagi persembahan meyakinkan di Roland Garros.

Ketabahan dan kekuatan mental anda tidak bebelah bahagi , memenangi gelaran di pelbagai jenis permukaan gelanggang, pencapaian menakjubkan.

Juara dua kali Grand Slam, VICTORIA AZARENKA. Pix Agensi

Luar biasa Djokovic. Atlet yang memiliki kekuatan mental terbaik pernah ada.