SKUAD bola sepak kebangsaan mendapat semangat tambahan sebelum aksi kedua kempen Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia AFC 2023 berdepan Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini selepas ranking Harimau Malaya naik enam anak tangga.
Menerusi perkongsian Footy Ranking di laman sesawangnya, kemenangan tersebut menyaksikan kedudukan Malaysia melonjak ke tangga 147 berbanding 154 sebelum ini.
Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon kini mengumpul 1056.32 mata keseluruhan – pertambahan +14.25 mata berbanding sebelum ini.
Lawan Malaysia di Bukit Jalil nanti, Bahrain pula jelas berada di kedudukan lebih baik berbanding Harimau Malaya apabila menghuni ranking ke-86.
Negara Arab bimbingan Helio Sousa itu menang 2-0 mengatasi Bangladesh.
Bagaimanapun, carian terbaru Flash Sukan di laman rasmi Fifa hari ini masih belum dikemaskini, 31 Mac 2022 adalah tarikh terakhir dipaparkan.