FOTO : IHSAN OPIE ALFIAN

 

SELAIN menyemarakkan sokongan terhadap sukan bola sepak pasukan kebangsaan menggunakan paduan suara, penyokong tempatan kini boleh merasai vibes penjualan barangan tempatan yang terdapat di Football Fanatic.

Menurut Capo Ultras Malaya (UM), Lekir Ahmad pembukaan kedai yang berpusat di Seremban itu merupakan port mengumpulkan jenama lokal yang mendukung senario bola sepak tanah air.

“Ramai yang salah anggap mengenai kedai baru dibuka semalam. Sebenarnya, ia bukan kedai Ultras Malaya.

“Football Fanatic menjadi hub memaparkan barangan jenama tempatan dan peminat yang berminat dengan karya tempatan.

“Anda boleh lihat secara real scene bola sepak dengan berkunjung ke sini untuk merasai vibes dan mendapatkan merchandise pilihan mereka,” katanya kepada FLASH SUKAN.

 

 

Tambah Lekir, oleh kerana wajahnya sudah sinonim imej UM, ramai peminat menyangka dirinya adalah mewakili penyokong tegar semasa pembukaan kedai semalam yang turut dihadiri oleh Presiden Malaysia Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan.

“Biasa tu, sebab muka saya significant sangat dengan UM, walaupun program ini bukan secara langsungnya dari UM. Tapi, tidak mengapa.

“Apapun, saya masih lagi dalam scene bolasepak (menyokong bola sepak Malaysia),”‘ selorohnya

Sementara itu, skuad kebangsaan Kim Pan-gon akan mengharungi Kejohanan Pestabola Merdeka yang berlangsung pada 13 hingga 17 Oktober 2023 dengan bertemu pasukan ranking 102 dunia, India pada Jumaat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sudah tentunya, penyokong tegar skuad negara itu berkemungkinan turut mempersiapkan sesuatu untuk aksi berkenaan malam berkenaan.

Tidak dapat dipastikan apakah elemen kejutan yang bakal dipersembahkan UM di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti, namun ia sudah tentunya bakal menjadi perhatian seluruh peminat tanah air.