KELAB Bola Sepak Real Chukai berjaya memperoleh lanjutan pajakan selama tiga tahun untuk penggunaan Stadium Mak Chili, dengan pilihan enam tahun untuk dilanjutkan.
Terdahulu, pajakan semasa Real Chukai untuk fasiliti itu telah tamat pada penghujung Januari 2023, tetapi kelab itu telah pun memuktamadkan perbincangan mereka untuk perjanjian baharu dengan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).
Mereka akan bertindak sebagai tuan tanah kepada kedua-dua Stadium Mak Chili dan jiran satu daerah Stadium Mini Kerteh, iaitu ‘home base‘ pasukan bola sepak M5 Kerteh FC.
Real Chukai dilaporkan merancang pelan pembangunan dengan anggaran USD$1 juta (RM4 juta) dalam pengubahsuaian Stadium Mak Chili.
Pelan perancangan ini termasuk menambah tempat duduk berhadapan grandstand sedia ada serta tambahan padang bola sepak bersaiz kecil, sesuai untuk bola sepak sembilan sebelah selaras dengan peningkatan bilangan pelajar dalam akademi mereka.