REAL Madrid berada selangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas meraih kemenangan besar di kubu Liverpool. Bagaimanapun, Madrid dijanga bermain menyerang walaupun membawa bekalan agregat 5-2 di pusingan pertama.
Los Blancos akan melayan Liverpool di Santiago Bernabeu pada perlawanan kedua pusingan 16 pada awal Khamis.
Madrid akan layak ke pusingan seterusnya dengan keputusan seri, malah akan tetap layak meskipun kalah dan jaringan tidak lebih daripada dua gol. Sementara itu The Reds mengejar keajaiban kerana mereka memerlukan kemenangan dengan empat gol.
Ramai yang menyangka El Real tidak akan menghadapi masalah untuk memastikannya lolos ke peringkat seterusnya.
Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berjanji pasukannya akan terus bermain menentang Liverpool dan bukannya hanya bertahan.
Up next: #RMALIV #UCL pic.twitter.com/dWB5nWf7AK
— Liverpool FC (@LFC) March 12, 2023
“Mesejnya agak mudah, jangan menganggap. Pemain memahami bahawa saya fikir permainan akan terbuka kerana Liverpool akan datang cuba mengubah dinamik.
“Kami perlu melakukan kedua-dua perkara, menyerang dan bertahan. Kami bukan hanya bertahan, kami berfikir tentang menyerang,” kata jurulatih berpengalaman dari Itali itu.
Ujar Ancelotti lagi berdasarkan peringkat psikologi, permainan itu pasti lebih kompleks buat mereka berbanding Liverpool.
“Liverpool datang ke sini untuk memberikan segalanya sejak minit pertama, apa pun yang berlaku. Kami melihatnya dari perlawanan pertama.
“Kami akan cuba yang terbaik dari awal tetapi kami mempunyai lebih banyak pertanyaan berbanding pasukan lawan,” tambah Ancelotti menjelang Real Madrid dengan Liverpool.