REAL Madrid dinobatkan sebagai raja Eropah untuk mencatat rekod ke-15 dengan kemenangan 2-0 ke atas Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Wembley awal pagi Ahad.
Pasukan kegemaran ramai itu terpaksa menunggu untuk tempoh yang lama sebelum mematahkan tentangan sengit Dortmund menerusi gol lewat daripada Dani Carvajal dan Vinicius Jr.
Satu-satunya peluang terbaik kelab Jerman di babak pertama untuk Niclas Fullkrug untuk mencipta nama. Sayangnya rembatan Fullkrug yang tidak dapat dijangka oleh Courtois, terkena tiang gol sebelah kanan.
Carvajal and Vini win it for Real Madrid 🏆#UCLfinal pic.twitter.com/vdVKAIiGmK
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) June 1, 2024
Pada minit ke-87, Dortmund menjaringkan gol menerusi tandukan Fullkrug. Bagaimanapun, penjaga garisan menaikkan bendera kerana ofsaid. Keputusan ini disahkan oleh VAR.
Madrid kini telah memenangi sembilan perlawanan akhir Piala Eropah terakhir mereka dan merangkul gelaran pertandingan itu enam kali dalam 11 musim terakhir.
Sementara itu, Dortmund terpaksa berpuas hati untuk menjadi naib juara semula selepas tewas pada edisi 2013.