KETUA jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui bukan mudah berdepan dengan Petaling Jaya City FC pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ Jumaat malam.

Beraksi dalam keadaan hujan dan padang yang kurang memuaskan, Cheng Hoe bagaimanapun berjaya membawa balik tiga mata penuh selepas jaringan Danial Asri pada minit ke-81 mengubah situasi perlawanan.

“Kita tahu  PJ City menunjukkan prestasi baik dari segi pertahanan mereka yang cukup kental walaupun banyak peluang yang kita dapat.

“Kemenangan ini amat bermakna buat pasukan, dan dengan kemenangan ini sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan untuk perlawanan akan datang,” jelasnya selepas perlawanan.

Sebahagian daripada aksi pemain PJ City dan Selangor FC malam ini.

Mengenai prestasi pasukan, Cheng Hoe memberitahu pemain-pemain cuba ‘adapt’ situasi dan taktikal perlawanan.

“Saya rasa setiap hari prestasi meninggkat dengan usaha berganda dalam latihan. Malah mereka cukup komited dan fokus dalam perlawanan.

“Seperti yang saya beritahu juga, saya akan memberi peluang kepada pemain-pemain muda berbakat, dan Danial Asri bekerja keras untuk merebut tempat utama,” tambahnya.

Lebih manis, ia merupakan kemenangan kedua Cheng Hoe selepas mengambil alih tugas utama Selangor FC September lalu.