AKSI kompak di suku pertama dan kedua gagal diteruskan Young Tigers pada perlawanan kedua Hoki Piala Sultan Azlan shah, apabila menjadi ‘lauk’ kepada Australia dengan kekalahan 0-8.

Ketika dua lagi pasukan yang tewas semalm bangkit dengan kemenangan hari ini, skuad bimbingan Muhammad Amin Rahim tidak mampu melakukannya keajaiban di Stadium Hoki Taman Daya.

Kekalahan kedua itu meletakkan pasukan hoki remaja lelaki negara di kedudukan tercorot liga sepusingan.

Lebih malang, skuad Young Tigers juga merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum berjaya mencatat kemenangan selepas dua perlawanan berbanding lima lagi negara bertanding.

Australia yang kini merekodkan kemenangan kedua berturut-turut, meraih enam gol menerusi ledakan hatrik Cooper Burns pada minit ke-44, 55 dan 58.

Lima lagi gol Kokkaburras diperoleh menerusi dua jaringan Lima Hart pada minit ke-19 dan 47 selain masing-masing satu daripada Jake Lambeth (m-36), Jack Holland (m-49) serta Brodee Foster (m-59).

Skuad bimbingan Amin Rahim yang memulakan kempen SOJC dengan kekalahan 2-5 kepada India semalam, akan meneruskan aksi ketiga menentang Afrika Selatan pada Selasa ini.