SKUAD PDRM FC telah menunjukkan kemajuan yang sangat baik walaupun bukan sebuah pasukan yang mempunyai pemain bertaraf bintang.

Jurulatihnya, Azzmi Aziz berkata, pasukan The Cops telah mencuba pelbagai resipi dalam setiap perlawanan dan apa yang ditunjukkan bersesuaian mengikut keadaan pemain dan berjaya menyerap seperti yang dirancangkan.

Azzmi Aziz dalam sidang media selepas perlawanan.

“Disiplin mereka sangat bagus kerana dapat bertahan dari serangan lawan. Cuma saya masih berharap untuk menambahbaik lagi dibahagian serangan dan berharap proses itu akan berkembang dengan lebih baik.

“Saya nak berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi peluang kepada saya untuk melakukan coaching dengan pasukan Liga Super walaupun tak mudah namun saya mendapat sokongan penuh daripada mereka dan barisan pemain saya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Sabah FC di Petaling Jaya pada Khamis.

Kemenangan berturut yang diraih PDRM FC untuk tiga perlawanan termasuk menewaskan Sabah FC,  Azziz menekankan fokus pasukannya tetap sama dan pemain perlu bermain dengan mood disiplin untuk menjadi lebih baik pada masa depan.

Jelasnya, kemampuan pasukan The Cops setakat ini ditunjukkan dengan sangat ketara walaupun bahagian serangan perlu diperbaiki. Taktikal menggunakan dua penyerang juga dilihat berhasil selepas hanya menggunakan satu pemain hadapan dalam perlawanan sebelum ini.

“Pastinya serangan kita perlu ditambah baik dan masih ada satu kuota lagi yang boleh digunakan untuk membawa masuk pemain import tetapi saya percaya apa yang ada dalam pasukan ini mereka sangat berusaha untuk meningkat dan saya nampak peningkatan tersebut sangat baik,” ujar Azzmi.

Dalam pada itu, menjelang perlawanan seterusnya pada 23 Jun menentang Perak FC, Azzmi menarik lafas lega berikutan jarak masa tersebut membolehkan pemainnya yang tercedera mengambil masa untuk pulih sepenuhnya.

“Saya harap, rehat ini cukup untuk kita kerana pemain dapat pulih sepenuhnya seperti Ramadhan yang memerlukan jahitan termasuk kecedaraan yang kecil dari pemain lain,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN : Giliran Sabah FC ‘ditembak’ The Cops