BERAKSI dalam banyak kejohanan, tidak berada dalam perancangan Lee Zii Jia dalam di awal 2024, meskipun dia berada dalam perlumbaan mengutip mata kelayakan Olimpik Paris.

Mengakui satu percaturan telah disediakan Team LZJ, yang diketuai jurulatihnya Wong Tat Meng, pemain berasal dari Kedah itu berkata, perancangan itu bagaimanapun mungkin bertukar bergantung kepada situasinya dalam dalam perjalanan ke Paris.

“Jika tiada perkara yang sangat serius, saya tak fikir akan bermain terlalu banybak kejohanan.

“Bergantung bagaimana ia berjallan, mungkin juga berkaitan prestasi saya, kalau lebih awal layak ke Paris 2024, jadi akan kurangkan kejohanan,” kata Zii Jia, yang ditemui ketika menguji gelanggang pertandingan Terbuka Malaysia, di Axiata Arena.

Lee Zii Jia tampil di Terbuka Malaysia 2024 dengan kondisi terbaik, bebas kecederaan.

Ketika ditanya megenai bilangan kejohanan yang akan disertainya dalam kempen melayakkan diri ke Paris, pemain berusia 26 tahun itu enggan menamakan jumlah kejohanan, sebaliknya mengesahkan, akan menyertai banyak kejohanan bertaraf Super 300 dan 500, namun tidak akan ke Thailand Masters, yang akan bermula 30 Januari hingga 4 Februari.

Dalam memburu mata maksimum ke Paris, Zii Jia berkata, “Kalau menyertai terlalu banyak kejohanan dan tiada keputusan yang baik, tidak bagus juga kerana mata kelayakan hanya mengambil kira pencapaian 10 kejohanan terbaik, jadi prestasi diri sangat penting.

Lee Zii Jia mendengar penjelasan jurulatihnya, Wong Tat Meng, pada sesi menguji gelanggang Terbuka Malaysia di Axiata Arena. Terbuka Malaysia bermula esok hingga 14 Januari.

“Setakat ini, saya tiada kecederaan dan berada dalam kondisi yang baik.”

Untuk rekod, Zii Jia kini berada di kedudukan ke-11 senarai kelayakan ke Paris 2024 mankala seorang lagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong di kedudukan ke-13.

Pada sesi menguji gelanggang kejohanan hari ini, Zii Jia berlatih bersama dua pemain adik beradik Perancis, Christo dan Toma Jr Popov.

“Mereka sepatutnya datang awal dan berlatih bersama saya sejak seminggu lalu, tetapi ada masalah.

“Saya dan pemain antarabangsa lain sudah biasa berlatih bersama termasuk ketika menyertai kejohanan di luar negara.

“Bagus juga dapat berlatih bersama pemain luar dan mereka juga antara pemain terbaik Eropah dan kami saling membantu,” ujar Zii Jia.

Lee Zii Jia menjalani latihan di pantai.

Di laman sosialnya, Zii Jia ada berkongsi gambar menjalani latihan di pantai sebagai persiapan menghadapi Terbuka Malaysia 2024.

Pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 menyaksikan Zii Jia yang berada di ranking ke-11 dunia, akan berdepan pemain China, Lu Guang Zu.

Berbekalkan kelebihan empat kali menang dalam lima pertemuan.