DRAMA membabitkan kekecohan pemain berterusan apabila aksi Aston Villa menentang Manchester City di Etihad  semalam bertukar tragedi.

Segala-galanya  tercetus setelah wisel penamat dibunyikan, apabila penyokong The Citizens masuk ke stadium dan sebahagian menyerang penjaga gol Aston Villa, Robin Olsen.

Situasi terbabit membangkitkan kemarahan pengurus pasukan Aston Villa, Steven Gerrard dan berkata kepada media insiden tersebut perlu dijelaskan oleh pihak City.

“Penjaga gol saya diserang, saya rasa soalan tersebut perlu diajukan semula kepada Manchester City.

“Cuba periksa mereka dalam keadaan baik atau tidak sekarang, ” ujar Gerrard.

City bagaimanapun meminta maaf berhubung insiden tersebut serta berjanji akan menyenaraihitamkan individu berkenaan seumur hidup.

“Kelab ingin memohon maaf atas insiden membabitkan penyokong kami yang menyerang Robin Olsen.

“Pihak kami berjanji untuk mengenakan sekatan kepada penyokong tersebut sepanjang hayat setelah selesai siasatan,” jelas kelabnya.

Tambahnya, dia menzahirkan permohonan maaf tersebut secara ikhlas kepada Aston Villa dan kesal dengan sikap segelintir penyokong yang sanggup bertindak sedemikian.

“Saya bersimpati atas insiden yang melanda Robin Olsen, saya tidak faham mengapa mereka sanggup bertindak sedemikian.

“Saya harap kita dapat kenal pasti penyokong tersebut dan mengenakan sekatan secara total sepanjang hayat penyokong tersebut ,” ujar Guardiola.

Perlawanan menakjubkan malam tadi menyaksikan City sekali lagi melakukan kebangkitan setelah ketinggalan 2-0 namun bangkit menang 3-2 sekaligus memastikan gelaran juara Liga Perdana Inggeris menjadi milik mereka secara sah.

Insiden sebegini merupakan yang kelima terjadi dalam tempoh seminggu perlawanan membabitkan pasukan kelab-kelab Inggeris.