CRISTIANO Ronaldo muncul pemain pertama dalam sejarah, menjaringkan gol di lima kejohanan Piala Dunia berbeza.

Tidak syak lagi, pencapaian Ronaldo itu boleh dipanggil GOAT iaitu Greatest of All Time atau Terbaik Sepanjang Masa.

Malahan, sejarah dilakarnya itu tercatat pada minit ke-65 ketika Portugal berdepan Ghana dalam aksi kumpulan H.

Jaringan itu diperoleh Ronaldo menerusi sepakan penalti selepas dia dikasari Mohammed Salisu.

Cristiano Ronaldo berbangga dapat jaringkan gol buat Portugal.

Terdahulu, pemain berusia 37 thaun itu sudah berjaya meledak jaringan pada minit ke-30, namun tidak dibenarkan pengadil Ismail Elfath, kerana berlaku kekasaran terhadap Alexander Djiku.

Ronaldo meraikan jaringan penalti itu dengan aksi ‘trademark’ rutinnya.

Kini Ronaldo menjadi satu daripada lima pemain menjaringkan gol di empat Piala Dunia.

Cristiano Ronaldo ketika mengambil sepakan penalti, menentang Ghana.

Namun bezanya, Ronaldo sudah mengatasi pencapaian Pele, Ulwe Seeler, Miroslav Klose dan Lionel Messi, yang melakukan jaringan dalam empat kejohanan Piala Dunia berbanding Ronaldo lima Piala Dunia.

Ronaldo menjaringkan hanya satu gol pada tiga edisi pertama penyertaannya, 2006, 2010 dan 2014 namun pada edisi Russia 2018, dia meledakkan empat gol.