LIVERPOOL membawa masuk seorang lagi pemain pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas. Liverpool melengkapkan perpindahan Ryan Gravenberch dari Bayern Munich.
Liverpool mengumumkan kedatangan Ryan Gravenberch melalui laman web rasminya, awal pagi Sabtu. Bagaimanapun, pihak kelab tidak menyebut secara terperinci berapa lama kontrak Gravenberch.
Dalam satu kenyataan, Liverpool berkata pemain tengah antarabangsa Belanda itu terikat dengan kontrak jangka panjang, tertakluk kepada permit kerja.
Welkom to the Reds! 🤩🔴 pic.twitter.com/EQY717gsTX
— Liverpool FC (@LFC) September 1, 2023
“Saya sangat gembira. Sangat gembira kerana perpindahan ini selesai dan akhirnya saya di sini,” kata Gravenberch dalam temu bual dengan laman web rasmi kelab.
“Jika anda melihatnya dari luar, ini adalah salah satu kelab terbesar di dunia. Penyokong, stadium, saya rasa semuanya dari luar kelihatan teratas. Jadi itulah sebabnya (Liverpool adalah kelab yang betul).”
Ryan Gravenberch adalah pembelian keempat Liverpool dalam pasaran perpindahan musim panas ini. Pemain berusia 21 tahun itu mengikuti jejak langkah Alexis Mac Allister, Dominik Szoboszlai dan Wataru Endo.