ELENA Rybakina mara ke suku akhir Terbuka Abu Dhabi selepas mengatasi lawan dengan kemenangan straight set ke atas Karolina Pliskova.

Finalis Terbuka Australia itu, yang menjadi naib juara kepada Aryna Sabalenka di Melbourne kurang dua minggu lalu, melakar kemenangan 6-4 6-2 selepas hanya 69 minit.

Pilihan ketiga itu mudah menewaskan bekas pemain nombor satu dunia itu pada perlawanan pembukaan set pertama dan dua kali pada set kedua.

Rybakina dijadualkan berdepan dengan pilihan keenam Beatriz Haddad Maia, yang mengetepikan Yulia Putintseva 6-4 6-7 (5-7) 7-6 (7-4).

Dalam kejohanan yang sama, Liudmila Samsonova mara ke suku akhir pertamanya tahun ini selepas menewaskan bekas juara Terbuka Perancis, Barbora Krejcikova 7-5 7-6 (8-6).