SELESAI satu isu. Sabah FC melepaskan pemainnya Saddil Ramdani untuk menmyertai skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) Indonesia bagi menghadapi Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam Mei ini.

Menerusi perkongsian Sabah FC, setelah mengadakan perbincangan bersama Ketua Jurulatih Indonedia Shin Tae-Yong dan Pengarah Teknikal PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indoinesia) Indra Sjafri, satu persetujuan telah dicapai untuk membenarkan Saddil menyertai skuad kebangsaan B-23 Indonesia agar dapat membantu pasukan pada perlawanan pertama menentang Vietnam pada 6 Mei ini.

“Namun demikian, Saddil perlu kembali ke Kota Kinabalu bagi melaporkan diri bersama Sabah FC pada 10 Mei 2022 bagi menghadapi dua sanigan penting bertemu Kelantan United (Piala FA, 13 Mei) dan aksi Liga Super di Pulau Pinang pada 17 mei.

“Sabah juga bersetuju untuk melepaskan Saddil bagi bersama skuad Garuda lebih awal bagi menghadapi Pusingan Kelayakan Ketiga Piala Asia 2023 bermula 18 Mei-15 Jun yang mana kalendar Fifa bermula 30 Mei-14 Jun 2022,” jelas Sabah FC dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini Sabah FC bertegas tidak mahu melepaskan pemain sayap berusia 23 tahun itu ke menyertai skuad kebangsaan Indonesia ke Sukan SEA (tiada dalam kalendar Fifa) kerana mahu memberi fokus kepada aksi Liga Super dan Piala FA.