KETUA jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tetap tenang menjelang perlawanan persahabatan bertemu kelab Indonesia, Persija Jakarta di Stadium Patriot Candrabhaga pada Ahad.
Mengakui perlawanan ini akan dihadiri puluhan ribu penyokong Persija, Kim Swee tepat yakin dengan barisan sedia termasuk mempertaruhkan pemain berpengalaman.
Ia berikutan hanya dalam masa tiga jam, tiket online telah habis terjual diborong peminat setia Persija.
“Kami tahu ada beberapa pemain Sabah FC yang pernah bermain dalam skuad kebangsaan seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Baddrol Bakhtiar. Mereka punyai pengalaman bermain di hadapan banyak penyokong.
“Jadi, saya percaya aksi ini nanti akan menjadi pertandingan yang menarik untuk peminat dan saya berharap kedua-dua pasukan dapat mendapatkan manfaat dari perlawanan ini,” kata Kim Swee.
Sabah FC adalah juara Liga Perdana 2019. Saat ini, Sabah FC berada di posisi kedua Liga Super Malaysia.